THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Dec 28, 2009

Laki vs Perempuan

Apa beza lelaki dan perempuan di mata korang??


aku kadang2 sakit hati bila tengok lelaki yang cukup sifat lelaki tapi kadang2 berjiwa macam perempuan and sama jugak kalau perempuan yang cukup sifat wanita.. ada daya tarikan sebagai wanita tapi perangai sebijik macam jantan...kadang2 lebih dari jantan..aihhh....xsedor diri




Apa yang buat laki tertarik pada perempuan??




And apa yang buat perempuan tertarik pada lelaki??

Hukum Minuman Yang Dimasuki Semut

Orang kata, air yang dimasuki semut ni jika diminum bersama-sama semut tersebut, orang yang meminum’nya juga akan menjadi bodoh seperti semut. Tapi semut tu bodoh ke? Semut lebih bijak dari serangga lain sebenarnya. Apapun jom la kita tanya ustaz yang lebih mengetahui apa hukum minuman yang dimasuki semut dari pandangan Islam.

Soalan:

Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?


Jawapan:

Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:

1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati

Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.

2) Semut masuk dalam keadaan hidup

Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.

Wallahua’lam

Dec 16, 2009

BEWARE OF SUGAR!!!!....


Dec 15, 2009

Selulit = Kulit Limau

KULIT buah limau, selulit atau berilah apa gelaran sekali pun padanya, yang pasti nama itu bukan sesuatu yang digemari. Sekiranya diberikan pilihan pasti ramai yang ingin 'lari' daripada mendekati isu yang menjadi antara masalah tertua dalam dunia kecantikan. Kebencian itu bersebab, kerana ia punca tubuh tidak kelihatan langsing, malah kulit berselirat putih itu menjadikan seseorang tampak berisi, walaupun mungkin beliau tidak memiliki berat badan melampau.

Busana mahal juga tidak dapat menutupi kewujudannya kerana potongan tubuh dipenuhi kulit membonjol, terlihat jelas pada lengan, paha atau kaki dan memburukkan penampilan.

Lebih malang, kerana ia kerap dikaitkan dengan wanita, akibat struktur biologinya yang memiliki lapisan lemak lebih tinggi sekiranya dibandingkan dengan lelaki, menjadikan ia, masalah yang hampir pasti menjadi milik wanita.

Selulit cemari kulit: Keadaan kulit yang pelik cemari penampilan

SELULIT ada pada hampir semua manusia, tetapi sama ada ia mampu berkembang dan terus membesar atau sebaliknya, terpulang kepada empunya diri. Pada dasarnya, selulit adalah lapisan lemak di bawah kulit yang terletak pada atas otot. Jika selulit hanya membabitkan lapisannya saja, mungkin selulit tidak akan kelihatan.

Masalahnya, ada sebuah jaringan serat yang menghubungkan otot ke kulit. Jaringan itulah yang membuat bonjolan lemak di mana lemak terkumpul atau menekan lapisan lemak yang normal. Pemangkinnya adalah pertambahan berat badan, selepas melalui proses kehamilan dan fungsi metabolik seperti tidak bersenam dan hormon tiroid yang tidak aktif.

Eksekutif Bahagian Produk Pengguna L'Oreal, Irene Ng Ze Ann, berkata kulit manusia terdiri daripada dua lapisan lemak yang digelar lemak luaran dan lemak simpanan dalaman. Lemak luaran tidak menjadi masalah besar kerana ia tidak boleh dibuang, sebaliknya lemak pada bahagian dalam adalah lemak lebihan yang tidak digunakan dan terkumpul pada bahagian tertentu.

Sebenarnya manusia lahir bersama sel yang boleh berpotensi menjadi selulit yang sukar diatasi sekiranya langkah mengatasi tidak dilakukan segera. Ia adalah sesuatu yang 'hidup' kerana asalnya ia kecil, tetapi boleh membesar hingga menimbulkan bonjolan besar yang memburukkan sekiranya tidak dikawal, sama ada dari segi cara hidup atau melakukan rawatan untuk mengurangkannya.

"Adiposit adalah sel yang sentiasa laparkan gula dan lemak. Sel ini bukan saja boleh menjadi lebih besar, tetapi juga akan berganda apabila kapasiti penyimpanannya mencapai had maksimum. Dengan penggandaannya, adiposit akan menambah jumlah adipos lobul yang berbentuk seperti beg berlonggok.

"Longgokan lobul ini bertenggek pada pinggul, paha dan punggung untuk membentuk selulit yang menjadikan kulit kelihatan seperti span. Antara yang menjadi sarang selulit adalah bahagian kaki dan paha, punggung, perut dan lengan," katanya.

Beliau berkata, pemakanan yang tidak diatur dengan baik selain pengambilan minuman keras, berminyak, berlemak, kafein dan gula, adalah antara pemangkin pertumbuhan selulit.

Memburukkan keadaan sekiranya individu tidak menjalankan aktiviti menyihatkan seperti bersenam dan tekanan hidup. Hakikatnya ketidakseimbangan antara penyimpanan lemak dengan penggunaan semula bukan saja menambah selulit, tetapi menjadikan ia degil dan sukar dihilangkan.

Katanya, seseorang yang berjaya mengurangkan lemak serta menguruskan badan belum tentu dapat menghapuskan selulit kerana tubuh yang langsing bukan jaminan tiada lemak dan selulit.

Hakikatnya, tiada jalan pintas bagi menghilangkan selulit, namun ada pelbagai produk rawatan secara dalaman dan luaran kini boleh didapati di pasaran.


INFO: Selulit

Selulit lebih pantas hilang sekiranya diikuti dengan bersenam secara teratur kerana aktiviti berkenaan membantu membuang racun dan kelebihan lemak di bawah kulit.


•Hindari alkohol, minuman berkafein, sebaliknya lebihkan pengambilan air kosong. Kombinasi kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar dan memudahkan penghasilan selulit.


•Kurangkan makanan bergula, garam dan berlemak. Sungguhpun ada produk makanan menyatakan kurang lemak, ia mungkin menggantikannya dengan gula.

•Lebihkan pengambilan protein, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilih buah dan sayuran yang berwarna terang kerana ia mengandung antioksidan seperti mangga, bayam dan tomato.

Dec 14, 2009

Water...water...water

Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.

Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs

One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan
lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."


"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..

AMIN.....

Dec 10, 2009

Kesan Kafein


Kafein dalam kopi tingkat risiko serangan jantung
___________________________________________

WASHINGTON: Penyelidik Amerika Syarikat (AS) dan Kanada mendakwa kopi, antara minuman paling diminati di seluruh dunia, boleh menyebabkan serangan jantung.

Ini berikutan kehadiran bahan kafein dalam kopi yang meningkatkan risiko serangan jantung di kalangan peminum kopi serta kaitan genetik berbanding mereka yang tidak mengambil minuman itu.

Kajian yang disiarkan edisi terbaru Journal of The American Medical Association, mendakwa penyelidikan itu turut mengesahkan bahaya sebenar kopi berbanding kajian lalu yang mengesahkan manfaat atau keburukan kopi kepada jantung.

Dalam kajian 10 tahun itu, penyelidik AS dan Kanada terbabit mengkaji lebih 4,000 peminum kopi di Costa Rica dan mendapati kumpulan peminum itu terbahagi kepada dua jenis - golongan yang mempunyai genetik metabolisme kafein yang pantas atau perlahan.

"Peminum yang dapat meleraikan kandungan kafein dengan pantas dan minum dua cawan kopi atau lebih sehari, adalah 36 peratus lebih berkemungkinan mengalami serangan jantung bukan maut berbanding mereka yang minum sedikit minuman itu," kata Ahmed El-Sohemy, penyelidik dan Pengerusi Pemakanan Universiti Toronto.

Katanya, risiko kopi terbukti lebih tinggi di kalangan mereka yang memiliki metabolisma kafein yang perlahan, berusia kurang 50 tahun. "Golongan ini adalah empat kali ganda mengalami serangan jantung berbanding rakan sebaya yang minum sedikit atau tidak minum langsung kopi. Bagi mereka yang mempunyai kadar metabolisme pantas, kesan sebaliknya dicatatkan."

Pelbagai kontroversi menyelubungi beberapa kajian sebelum ini berikutan ada penyelidikan mendakwa kopi memberi kesan baik kepada kesihatan. Pada masa sama, kajian lain pula berpendapat sebaliknya.

Tetapi kini, kata El-Sohemy, penyelidikan mereka membuktikan kaitan sebenar minuman itu dengan kesihatan, khususnya jantung.

"Kami berminat mengetahui bagaimana ada segelintir orang yang mengelak meminum kopi dan ada yang ketagihannya pada waktu pagi. Kami mahu mengetahui jenis genetik yang memainkan peranan," katanya.

Takutnyaaaaa....sebab tu agaknya bila aku minum kopi aku jadi mcm org neves (hormon adrenalin dirembeskan...huhu) and xsenang duduk...jantung berdegup laju...slalu rs nak buang air kecil...wooo...bahaya ni...tapi kopi sedap...ermmm ;(

Jangan Terlalu Mencari Sempurna

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……


Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……


Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……


Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……


Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……


Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……


Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh m ema afkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !



“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

USED vs LOVED

USED vs LOVED


While a man was polishing his new car,
his 4 yr old son picked up a stone
and scratched lines on the side of the car.

In anger, the man took the child's hand
and hit it many times not realizing
he was using a wrench.

At the hospital, the child lost all his fingers
due to multiple fractures.

When the child saw his father.....
with painful eyes he asked, 'Dad when will my fingers grow back?'
The man was so hurt and speechless;
he went back to his car and kicked it a lot of times.

Devastated by his own actions......
sitting in front of that car he looked at the scratches;
the child had written 'LOVE YOU DAD'.
The next day that man committed suicide. . .

Anger and Love have no limits;
choose the latter to have a beautiful, lovely
life & remember this:
Things are to be used and people are to be loved.
The problem in today's world is
that people are used while things are loved.

Let's try always to keep this thought in mind:
Things are to be used,
People are to be loved.

Watch your thoughts; they become words.
Watch your words; they become actions.
Watch your actions; they become habits.
Watch your habits; they become character;
Watch your character; it becomes your destiny.

I'm glad a friend forwarded this to me as a reminder.
I hope you have a good day no matter what problems you may face
it's the only day you'll have before it's over

Nov 24, 2009

Bola Cat = Paintball = Sakit

KEJOHANAN PAINTBALL TERBUKA PROLINTAS 2009


yeahh...akhirnya tercapai hajat aku nak main paintball...dlu2 nak main kena bayar sndr..mahal...skang main company bayar...free of charge...mana bole lepaskan peluang kan..heee~

belum pun tiba hari perlawanan aku dah diracunkan dgn ayat penyata " sakit badan lepas main paintball tu...sure lebam sana lebam sini"....woooo...mula2 mmg takutla nak main...nnt abesla bdn aku bertanda2........tapi........demi tekad yg mendalam...aku nak jugak ada pengalaman main..so...aku pun daftar juga la bersama2 5 org officemate aku yg lain..dan menyaksikan hanya aku sekuntum bunga dlm grup company aku tu...huhhh...go Ila...goooo!!!

and on the day..Nervous xterkata aku...membayangkan kesakitan kena bola2 cat tu and memikirkan strategi nak main ni...huhuhu..men counter strike pun xpenah dpt habiskan satu game...ini plak men paintball...slh aim...kena diri sndr...hohoho

Aku kena main untuk 6 game pada hari tu...and out of 6 games...kitorg cuma menang 2 games..hahhahahah....sebab pe?? sbb kitorg mn penah practice...org len punyala gempaq2...siap ada suit lengkap sndr...kebanyakannya hebat2....so.kami pun PASRAHHH!! yang penting dpat cop mohor dari paintball game tu ok...adoiiii...sakittt

Apa2 pun...kalah ke menang...aku xksh...skang aku dah puas hati sbb aku dah ada pengalaman men paintball...barula terasa diri ni gagah...wlaupun kalah...huhuhu












Oct 31, 2009

Stairs 'vs' Escalator





~ very creative
~ Malaysia should also have one staircase like this..and i'll be the one to play with the staircase sampai aku turun lemak 10kg...hohoho


;p

Oct 29, 2009

This Is It....MJ



This is it?? what is that??

Yeahh...itula konsert MJ yang xsempat direalisasikan oleh beliau...
Semalam seperti yang aku mention dalam post aku sebelum ni...aku dapat tiket free untuk premier show THIS IS IT....

Komen aku setelah menonton....Fantastic...Astonishing...Exciting...Entertaining...and dah xtau nak kata apa lagi (tapi perasaan ni hanya akan dirasai oleh orang2 yang amat meminati and mengagumi bakat and hasil karya beliau la ye)...
nasihat aku untuk orang2 yang xminat beliau...xpayahla tengok...sebab nanti korang bosan plak...

'This is it' ni lebih kepada dokumentari tentang sepanjang rehearsal and sesi latihan untuk konsert tu...tapi walaupun rehearsal, kita dah boleh bayangkan kalau konsert ni direalisasikan ..ia akan jadi konsert yang gempak sgt...sure best...it's sad to realize that the amazing MJ is not around anymore... ;(

Walaupun muzik Allahyarham Mikael (kalau dia memang islam) bukanlah zaman aku...tapi aku juga membesar dengan lagu2 dia...dari kecik aku dengar...sebab akak2, abg2 and sepupu2 aku pun selalu pasang...so, boleh dikatakan most of his song, aku taula

MJ mmg bersemangat untuk konsert dia ni,walaupun dia tengah sakit...boleh nampak kesungguhan dia...xnampak macam orang sakit dah...and dia nak sume benda perfect untuk konsert dia tu...muzik n tarian sume dia monitor..mesti exactly mcm yang dia nak...memang dia sgt proffesional and setiap orang yang terlibat mesti akan dapat pujian dia...dia sentiasa memuji orang2 yang banyak membantu dia...baikkknya dia..very soft spoken... Luv u MJ..

So, akhir kalam...kalau sesapa yang minat dengan Allahyarham Mikael...pergilah menonton...korang pasti akan berpuas hati dan terhibur...tapi perasaan sebak juga pasti akan ada..sebab dia sudah tiada di alam nyata... Jika benar dia telah menjadi saudara seIslam dgnku...semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya...Al-Fatihah



;(

Oct 28, 2009

Bila Memori Terimbau...



11.20 pm (waktu aku mengarang ni tapi blom post k..;p )

entah kenapa...saat dan ketika ini...aku rasa rindu sangat dengan mak dan abah ku...
ermm..hampir sebulan aku xjumpa dengan mereka rasanya..last time is on my convocation day...
bukan xnak blk..tp bulan october ni boleh dikatakan seperti bulan kemiskinanku..
gaji aku untuk bulan september aku dah guna untuk raya and konvo...sies aku papa kedana skang...
woooo..sedey...
sampai terpaksa mintak advance sket dgn bos untuk pegi meeting..haihhhh...sedey btl hdp aku...
tapi biasala kot...org baru nak hidup kan...uhuhuh

pada waktu ni jugak...tiba2 aku teringat memori2 yang menyentuh hati tentang mak dan abahku...

(staring at the ceiling for a while)....

masih segar dalam ingatan aku...waktu ni aku rasa2nya baru berumur 5 tahun..masih belum bersekolah..so..masa aku banyak diluangkan kat rumah (tghr jela..ptg2 je aku lesap entah ke mana)..satu hari tu...aku bergaduh dgn adik aku.. (tiap2 hari kitorg mesti gaduh..mak aku ckp kitorg mcm anjing dgn kucing..tapi tetap jgk main sama2..huhu)..

ok..then, hari tu.. kitorg gaduh pasal apa aku dah xingat..tapi sampai mak aku naik berangla...tengah sibuk masak kat dapur ni..kitorg duk terjerit2 plak kat luar..memang nak makan penamparla kan..tapi mak aku xtampar aku...mak aku terus rotan kaki aku dan entah macammana, terlebih pukul agaknya.. sampai berdarahla di belakang pelipat kakiku...yang aku bengangnya...adik aku xkena plak..masa tu masing2 sibuk membela diri tapi akhirnya aku yang kena..
alasannya sebab aku kakak..xnak mengalah..~sigh~

so, disebabkan aku bengang dan hati aku agak merusuh..aku terus masuk bilik dengan air mata yang xberhenti2 mengalir.. sedih+sayu+kecewa
sampai aku terfikir..kenapa aku selalu kena mrah??aku anak angkat ke?? (hahahhaa...bila teringat..aku rasa kelakar ok..)..
lepas tu..aku terus meniarap atas katil dengan esak tangisnya..kaki aku terasa pedih lagi sebab berdarah...tapi aku biar je.. sket je pun tapi punyala nak tunjuk rasa sedih dan sayu aku tu..aku nangis beria2..huhu
masa tu terus teringat kat satu iklan pasal kes dera kanak2..yang klip video dia...
sorang budak perempuan berjalan melalui air dengan kaki yang luka berdarah2 sebab kena dera..aku siap hafal lagu dia..tapi aku dah xingat lirik lagu tu.. ;p
(sape yang ingat...bgtau aku plz...aku nak sangat cari lagu tu...kalau dpt video dia lg best...huhu)

ok..sambung balik... dah penat nangis..aku hampir terlelap..tiba2 aku terasa pedih kat luka aku tu..rupa2nya mak aku tengah sapukan ubat and tampal plaster..
time ni terus aku rasa terharu and menyesal sebab bersangka buruk tadi..sekali lagi air mata aku mengalir..tapi aku buat2 xsedar je..buat2 macam tgh tido..ego.. heheh
Bila mak aku dah keluar dari bilik..aku terus teresak2...................itulah kasih sayang seorang ibu...dia xakan biarkan anak dia dalam kesakitan.

Hurmmm..kalau ikutkan xbanyak kenangan yang aku ingt masa umur 5thn...tapi tula satu2nya kenangan masa umur tu yang memang sampai bila2 akan jadi ingatan aku tentang
kasih ibu..setiap kali ingat kenangan ni...mmg akan minitis air mata aku

Kalau berkaitan dengan ayah aku plak...terlalu banyak yang wat sedu sedan masa kecik...sbab slalu kena marah and rotan..haha..ayah aku lagi garang...terutama masa masih jadi cikgu dulu...tapi kalaula abah xgrang mcm tu..aku xtau aku akan jadi manusia yang macamna sekarang ni...

Yang aku hairan...walaupun abah aku tersangatla garang ..tapi aku dan adik aku bole dikatakan rapat dengan abah...selalu mengekor abah aku setiap kali abah nak kuar umah... pastu tengahari mesti tido sama2 dengan abah kat depan tv, dengan xberbaju n cuma berseluar pendek..sbb nak ikut abah yang cuma berkain pelekat...hehehe...time tu bolela nak wat macam tu kan... ;p

Sekarang, setelah anak2 smua dah besar2...abah bukan lagi seorang yang garang mcm dulu tapi sangat terserlah sifat penyayang abah yang selama ni jarang ditunjukkan..nak2 plak cucu dah bertambah2 menjadi 14 org ni...abah melayan cucu sampai aku rasa jeles dengan dorang sume...mintak apa je sume dapat..hahah...dulu aku xmerasa mcm tu...mintakla benda bukan2..nak kena tengking...hehehe
Korang ada x pengalaman2 yang lebih kurang macam aku ni??? mehla kongsi2...huhuh

Klau ikutkan terlalu banyak kenangan..tapi xcukup ruang plak nak crita sume kat sini...AKU NAK BALIK RUMAHHHH!!!!...wooo...wooo...rinduuu..rinduuuu... ;(

~ My Love... Mak ~



~ My Love... Abah ~





Oct 23, 2009

UpDate...UPDate...uPDaTe....


yooohhoooooo.....


wah...very refreshing...lamanya aku xupdate blog aku ni...dah naik bersawang di laman sesawang ni...ish3

Aku ni bukan xde apa2 untuk diisi atau terlalu bz (konon2 bz la kan)...banyak sgt benda dlm otak aku ni yang nak dishare, tapi disebabkan kemalasan yang terlampau..maka tgn aku ni sgt keberatanla nak menaip kat sini...

lgpun aku skang ada penyakit baru...aku tgh gila main 'muka buku' ok...adoii...aku pun xtaula camna nak kurangkan addiction aku pada 'muka buku' itu...ditambah plak dengan kewujudan game2 seperti villa ladang, dunia kafe, roller coaster kingdom and ape2 tah lg game yg melalaikan itu...huhu..mcm xde keje je kan...

Aku bukan xde keje kat ofis...banyakkkkk...tapi smua tergantung statusnya...so...aku pun tergantungla...pendingggg!!!... ;p ...so..jom la bermukabuku sebelum aku kena perah otak pasni....yeahhhhh

Hermm..kalau ikutkan bnyk sgt benda aku nak post kat blog ni...pasal:
  • my life

  • my convocation
  • my family

  • my frens

  • My whatevaaaaa.....

tapi xtau nak mula mana satu...haihhhh....

Ha...ada bnd menarik yg aku akan buat next week...aku dpt tiket percuma for Premier Screening of MJ-This is It... dari company aku...wooohh!! Best2 dpt tgk wayang percuma tgh2 xde duit ni kan..huhu...




To be continued......

Jun 22, 2009

Reflexology


Penah x korg pegi urut2 kaki ni?? Tau x korg mcmna rasanya?? Kalau xtau, meh aku nak cite..hoho…bukan sbb aku keje kat pusat reflexology, tapi sbb aku excited lepas 1st time jadi customer pusat reflexology ni.. :D

Aku mmg dah lama teringin nak pegi wat reflexology tapi disebabkan harga cam hanjing and aku plak xde duit sndr lagi..aku rela menahan hasrat aku tu..tapi smlm tgk harga dia kat Kuantan Parade…RM35 for 45 minutes, cam ok la kan..aku trus je masuk..skali pekerja ppuan die xdela plak..bantai jela, bos die sndr yg buatkan.. ;p


1st step ->> die suh rendamkan kaki dlm air bloop2 ni…aku xtau ape fungsi die, samada nak bagi kulit kaki lembut, melancarkan darah atau nk suh basuh kaki je..haha..sebab skejap sgt, xsmp 5 minit pun rendam

2nd step -> dia start urut, mula2 mmg cam geli, aku mmg xsuke org men tapak kaki aku..huhu..start je die tekan...perghhhhh...sakit gile nih...aku rasa nak sepak2 je tukang urut tu...die plak macam wat xtau je aku kerut2 muka ke, cam nak terberak ke.....woooo..sakettttt...die bole senyum je tgk aku yg dah mcam menari2 atas kerusi tu...


Pastu start plak kaki kanan…lagi sakettt tau x…lagi wat aku mcm nak tercirit kat ctu..hishhh..xsenonoh btl aku..aku tanya dia nape kaki kanan ni lagi sakit…die cakap mmg mcm tu..mungkin sbb kita banyak guna belah kanan kan..xtaula aku teori sbnrnya mcmna..bantaila ape pun…yang penting aku mmg macam dah nak terajang org tu, tapi ku tahan jebat…


Part terakhir ->> die urut balik urat2 yang terlibat yang mungkin dah bersimpul2 supaya darah mengalir dgn jayanya..masa yg tu mmg best, rasa lega je, segar je…and die ade la bgtau ape yg dia dapat tau dgn mengurut kaki aku tu..

Tapak kaki kita ni kan ade point2 dia yg ade kaitan dgn bahagian2 badan kita yang lain…so dengan teknik reflexology, kita boleh tau apa masalah badan kita ni

Tukang urut tu cakap ;

  • “U senang kena batuk” – ya, mmg betul, aku slalu ada masalah dengan tekak aku ni
  • “u kena banyak minum air kosong and makan sayur” – ya, btl lagi tu…aku mmg kurg minum air kosong and makan sayur lor
  • “ U ni macam xckup tido je” – ishh, nape sume dia cakap betul ni…aku mmg dah berhari2 xcukup tido..xtau la nape..tapi mmg kepala aku ni cam fenin2 je
  • “U kena jaga makan, sbb perut u senang masuk angin” – wahhh…hebat btl die ni, sbb mmg aku cepat dapat gastric..so kawan2…korg taula kan klu pasni aku banyak mkn tu sbb ape..hohoho..dah org pun pesan mcm tu kan…kita ikut aje… lalalala..aku suke… ;p
  • “u ade masalah sket ngan paru2” – ni mungkin ade kaitan dgn senangnya aku dapat batuk2 tu la kan
  • “U kalau xjaga makan aa, u bole kena gout..kena start jaga dari skang” – wooo, yg ni aku xsuke nak dgr…tapi mak aku pun ade tanda2 nak kena gout, so, aku ni mmg mcm ade possibility je kan...
  • Last ni, part yang paling best dlm banyak2 komen dia à

Tukang urut : U sudah kerja ke masih belajar??

Aku : Baru kerja, kenapa?

Tukang urut : U aa, kalau terus kerja, senang mau naik pangkat tau, kalau belajar,

otak u pandai..

Waaaa, I like it..i like it… huhu..ni aku xtaula die nk bodek supaya aku dtg lagi tmpt dia atau mmg dia dapat tau dgn hanya mengurut tapak kaki aku…alaaa..tapi kalau xsbb die ckp pun, aku tau aku pandai..wahahahaaha…pasan jap..anyway thanx la kepada tukang urut itu…u mmg best la ..huk3


ni gambar bonus..tiba2 je...hehe...ngan my baby.. ;p


~La Lecon

20 June, aku dan bobby the chubby pegi ke UMP, kitorg mmg gile sbb suddenly decided to go to UMP, hohooh...tp disebabkan semangat yang berkobar2 untuk tgk SENANDIKA punya performance on Adaptasi La Lecon (untuk festival teater negeri Pahang), kami teruskan jugak plan kami tu... ;p

Sampai je kat UMP terus pegi astaka ...tgk2 props dorg mmg best..xsbr aku nk tgk lakonan dorg plak...pelakon2nya, Kay (Proffesor), Wani ( student) and Syidek ( Pembantu Umah- Kak Yam)

Malam tu dorg wat rehearsal penuh, komen keseluruhan aku untuk seluruh produksi---> korg mmg gempaq and the best...pasal props aku rasa xde masalah sgtla...yg penting skang ialah lakonan...so, aku yg dulu penah jgk jadi pelakon (yg melalu kesusahan ditrain oleh syikin..hahha)..rasanya lebey excited nk tgk lakonan dorgla....

Ermmmm, tapi kan, aku ni nak komen banyak2 pasal lakonan org pun, aku bknla seorg yg hebat sgt dlm dunia teater ni and pengalamna pun xsebanyak mana...tapi sebagai penonton, aku rasa adalah benda2 yg bole aku share kot and sume bnd tu aku dah mentioned lepas rehearsal tu kan...so..aku dah mls nk ulang2 lg... hihuhhu

Apa pun...aku sbg senior yang penah join teater senandika, sgtla mengharapkan kejayaan korg...because i luv u all so muchla senandika...;p

Rasa jeles tgk korg tau, sbb aku dh xdpt nak join lg dah...wooooo..tapi kalau korg xckup kakitangan and nak khidmat aku untuk produksi korg...xkirala untuk props ke teknikal ke busana ke sila2lah panggil aku ye...aku sgtla menghargainya.... ;p

Last but not least...GUD LUCK in FESTIVAL TEATER NEGERI PAHANG 2009 in this coming thursday...doa aku sentiasa untuk korg...chaiyok2....


____________________________________________________________________
Antara props yg aku suke sgt..... ;p



____________________________________________________________________
Adik2 ku sayang....


Jun 12, 2009

~Birthday Celebration..



...HAPPY BIRTHDAY TO SWEE POH AND SAZILA...


Seperti kebiasaannya...every month akan diadakan birthday celebration untuk staff...
and rezeki aku sebab baru 5 hari menjadi staff, dah dpt birthday cake...;p (padahal dah 6 bulan kat company ni...huuu~~)...thanx PTK

Kebetulan plak..bulan ni (Jun) ialah bulan birthday aku, bini bos (mrs. Tan Swee Poh) and another engineer,Abdil (xde kat ofis sebab tgh bercuti kawin)...disebabkan abdil xde..so tngglla aku ngan miss tan ni..she said 'u r my good fren aa for this month'...ohhohohohh...ttiba je
Abdil sure tgh berseronok2 dengan isterinya...newly married la katakan...hik3



Jun 11, 2009

~HAPPY BESDAY PDOT

Skang dah masuk 11 jun...bermakna bukan hari bsday aku lg dah...tapi hr ini ialah besday my teater mate ---> Mohd Firdaus Naqiuddin aka PDOT.. Heppi bEsday yg ke 23 PdOT...semoga success slalu...and may all ur wish come true...;)
wlupun aku rasa die xde blog dan mcm xmungkin plak die nk baca blog aku ni...tapi xpela...just nk juga wish kat cni..hohoh

Pdot adalah partner aku sebagai watak antagonis masa aku berteater dulu..dia jugak antara manusia yg bnyk mengajar aku untuk jd jahat...hohoh..i mean watak jahat....die jugak adalah antara best buddy aku dlm teater la...sgt memahami aku..slalu la jd tmpt aku meluah perasaan and gosip2...hehe...thanx pdot

p/s wat pdot (kalaula die terbaca blog ni)....Dah lama xjumpe ko pdot...nak gosip2...kecoh2...jom le kite reunion...dah ramai yg berkumpul kat shah alam tu...sure best...;p

~Mimpikah aku?? --> to mr AppleJack

Mimpikah aku membaca entry ini???---> Special Wish from AppleJack

huhu...sungguh die brani meluahkan rasa..susah btl aku nk dpt mcm ni tau...tu pun indirectly jugak die melafaskannye...hehe...neway...i appreciate it a lot...thanx syg...berjaya mengalahkan kak noi dgn blog yg pnjg berjela tu...hohoh

kat bawah ni gmbr2 kitorg menunggu detik 12 mlm 10 Jun 2009... ;p





____________________
so happy together...
__________________




Ngantukla plak tunggu...wooooo

Skang ni time aku menaip ni pun dah dkt 2 pg...huwarghhhh...ngntuk bangat...tp nk jugak make sure this entry done... ;p

Thanx for everyone yg masih mengingati diri ini...and thanx for every special wishes u all gave...luv u all...mwahxxx




Publish Post

Jun 10, 2009

~Special Entry to Kak noi....

Kak NoNoi...

Thanx for this sweet pics and special 'blog entry' u made for me....woooo..u make my heart melt..huhu


sies...baca je blog kak noi tu..rasa nk nangis la...dh bergenang air mata..mcm2 perasaan ada.. ;
  • Terharu - sebab special and sweet wish tu la
  • Sedih - rindu solid harmonie sgt...espcially senior2 yg sama2 memperjuangkan solid harmonie di peringkat awal kelahiran. and yg pnting dorg rapat ngn i la...huhuh ..those person are --->> (kak noi, naja, zemir, namo, clay, granger, ilmi, nizam, kak akeem, kak aisyah, kak faira, shuwa, faiz @ mama and ramai lg la.)..wooo...miss u all much..mcm kak noi tgh rasa skang

Nak menjawap pasal memori2 silam kita tu kak noi:

  1. kisah woof..woof...hoho...of course i know...abang granger paling tau rsnye..ahahah...kita simpan sndr jela ye kak noi...smp skang pun asik woof...woof ni...br je lepas memberi mkn..hahaha
  2. lagu ziana zain tu..hny kita yg mampu menyanyikan mcm tu kan kak noi??..ila xlepas high-pitched...kak noi smbut..ahakss...noi'se pollution...
  3. skang ila plak cuba menyanyikan lagu nike ardilla...xnakla asik CT je kan..tp xbesla...sbb xdpt wat cam 'noi'se pollution' tu...eheh...lain tau bunyi die...rasanya ada sket2 video yg masih ada lam simpanan ila...nnt kita kena wat reunion la.pastu msng2 kna bwk segala bnd berkaitan solid harmonie yg ada dlm smpanan masing2...then...exchange la...;p..bile kite nk wat tukar2 rakaman suara lg ni?? mis dat time so much la...wooo
  4. gelembung udara??? ahahahah...nk gelak besar ni..cis..baju hjau tu telah ku jadikan pekasam dlm almari...baju hijau ni la 1st uniform koir UMP...lawak pun ade ...dhla rushing2 siapkan..pastu sehari sblm performance pun sempat lg pegi alter bj tu kat tailor...ahakss...akhirnye gelembung2 udara yg kuar...dhla jd bahan zemir gelakkan ila...ishhhh...wlupun geram2 but i miss dat time also... ;(
rasa nak upload gmbr baju tu...tp xjmp plak gmbrnye...nnt dh jumpa akan ku upload gmbr yg penuh makna (gelembung udara) tu...huhuhu


ok...lets move on to the very killer topic here k..ZAHIRIL ADZIM....


Lepas amik gmbr ni..tgk2 gelap la plak...then nk tau ape kata zahiril??:

ILA: Gelapla plak gmbr ni..leh amik lg skali x?
ZAHIRIL: Boleh2...xksh..slh angle amik td kot..sebab cahaya kat belakang
wahhh...i cair ok..pnyla dia xksh..hehe
trus cpt2 amik gmbr yg bwh ni.. ;p



Ok..dh jelas muka kami kan...special uploaded for kak noi.. ;p


Kak noi jangan hantuk kpala kat dinding plak pas tgk gmbr2 tu k...hehehhe..ade plak yg xtdo mlm ni kang..takut je.. hohoho..

Last thing to say....Thanx so much kak noi...bkn je untuk hr ni but also for the days before..yang kita spend sama2...so much memories with u and SOLID HARMONIE to be remembered...

Thanx for that special moment in my life.... woooo...i dh mula touching ni...baik stop skang...sblm hujan.. daa~~





~Hari Baru...Bulan Baru..Thn Baru...Life Baru

Today is 10 Jun 2009...

23thn yg lepas pada tarikh yg sama..aku dilahirkan ke bumi yg fana (bole x aku tukar word ni?? mcm xsukela dgn bunyi word ni..huh..ade cite disebliknye..huhu) ini...
thanx to my dearest father n mother who gave birth to me and give me the chance to live in this world...luv them so much...

Ok, next thing to say ; thanx to my siblings and kawan2 yg ingt besday aku and gave wish...really appreciate it...hugs and kisses to u all:

  • kak long
  • kak nita
  • abg ngah & kak nani
  • my dear apis
  • marwiah
  • samsia
  • Eril
  • awa
  • bob
  • syafiq
  • suhani
  • farhan
  • sara
  • and for all yg wish (kalau ade yg termiss namanye...sori ye)

thanx jugak pda sesiapa yg mungkin lupa and mungkin xtau and then akan wish aku (kalau la)...kire ucapan tenkiu in advance la...ehheheh

semoga doa2 kalian untuk aku dimakbulkan...terutama bab jodoh...hoho...hampir sumenye duk bg aku wish yg sama pasal jodoh tu...haish...teringin sgt agaknya nk rasa nasi minyak aku...mehla aku masak kan je kat korg... ;p

azam aku sempena thn baru aku ni...aku nak improve diri aku dari pelbagai sudut...luar dan dalam...wooohh...;p

_______________________
10 JUN 1986 - 10 JUN 2009
_______________________

HARI BARU ; sebab dah masuk hari ni la 10 hb Jun...smlm 9 hb Jun.. ;p
BULAN BARU; sebab dah masuk bulan Jun lepas bulan Mei...and bulan ni jugak aku mula bekerja...
TAHUN BARU; of course sbb 22 thn + 1 = 23 thn aku hidup kat dunia ni...
LIFE BARU ; macam yg tersebut di atas...aku dah jadi pekerja selepas penat lelah belajar selama hampir 17thn...dari mula kenal A, B, C sampaila aku kenal simbol2 yg xtercapai akal...fuhhh..penat tu belajar....(dari budak tadika hingus2an --> Traffic Engineer) ...and i hope dat dis new life will bring me everything that i wish for..(dapat kumpul duit cpt..dapatla tukar life single ---> berpartner...ahaksss)

10 jun thn ni jgk...1st time aku dpt sambut dgn special person on the very 1st second the day changed....;p

Later smbung k....daaaa

Jun 8, 2009

~I'm Back....

Berakhir sudah seminggu yang penuh makna...haishhh..nak gembira ke aku?? nak sedih ke aku?? macam2 perasaan yang ada skang:

sedih - sebab dah habis cuti...wooo..nk cuti lagi....dan jugak sebab aku dah xleh main2 lepas ni

happy - sebab aku dah pun memulakan hidup baru aku sebagai seorang pekerja (traffic engineer), akan ada duit gaji sendiri and bermakna aku sedih jugak sbb lepas ni aku dah xbole paw2 duit abang n akak aku, wahahaha

takut - sebab dah stat keje, means responsibility aku semakin bertambah, takut xdpt perform keje dgn baik, and yg paling penting takut aku xpnd manage duit sndr nnt...ahahah


Seminggu bercuti...macam2 aktiviti aku....sampai xckup masa berehat plak aku rasa....later aku cite ape aktiviti aku sepanjang cuti....to be continued... ;p



LETTER OF APPOINTMENT..;p

May 29, 2009

~Miss My Little Cuties so Much...

Aku baru je dapat email dari kakak sulong aku yg jauh nun di perantauan bersama keluarganya...and she showed us their pics at Mekah (about 2 to 3 weeks ago they had been there to perform Umrah)

hurmm..anak2 sedara aku yg baru setahun jagung tu pun dah buat umrah and dapat menjejak kan kaki kat Tanah Suci tu....bile plak la rezeki aku ye?? bile tgk gmbr2 dorang..teringin betul nak jejakkan kaki kat sana supaya dapat aku menyucikan diri dan menghadap yang Maha Pencipta (Walaupun mungkin impian ni akan tercapai bile duit aku dah berkantung2...dah cukup makan dan segalanya)...ngeeeheee

Actually i miss them badly...dah hampir setahun aku xjumpe dorang since last year dorang balik Mesia...kakak aku blk Mesia at last February (3 weeks at Msia) pun sebab operation ayah aku...tapi hanya bawak anak die yg bongsu je...woooo...wooo...nak jumpe anak2 sedara aku yg 4 org tu...

Katanya dorang akan blik dis coming July...really look forward for that month..huhuh...let me introduce u all, my nephews and niece ---->

Mekah May09 004Mekah May09 007



Mekah May09 027Mekah May09 028Mekah May09 026Mekah May09 025

From left; the eldest one, Aisyah,13 years old (1st grandchild in my family)
2nd; the eldest brother,Ashraf, 11 years old (1st grandson@3rd grandchild in my family)
3rd; Ammar, 6 years old (5th grandchild)
4th; the youngest, Amsyar, 4 years old (8th grandchild)


wahhh...ni baru 4 orang...ade 9 org lagi anak sedara aku kat mesia ni yang aku xsebut lagi..rmai betul cucu2 mak and abah aku...and ramai dah jugak rupenye anak2 aku...haihhh...baru nak stat keje ni dah kena pk pasal duit yang kena simpan untuk raya nanti...hadoiii..botak2

ok...aku nak g wat kira2...later aku letak gmbr anak2 sedara aku yg 9 org lagi tu k....34535 + 5&873 - 5^&*&4 / 244545&*& % = botak

~I'm Counting Minutes....


Esok 30 May 2009...
yeahh..akhirnya hari yg ku tunggu sudah tiba...esok stat cuti seminggu...yeehoooo...What a very wonderful day..huhuh


Excited sungguh jiwa ini..meronta2 untuk pulang ke kampung halaman...hik3



Beginila wajah aku skang...berbunga2 dan tersenyum girang walaupun kepala ni serabut dengan keje..hohohoh