THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Dec 10, 2009

Kesan Kafein


Kafein dalam kopi tingkat risiko serangan jantung
___________________________________________

WASHINGTON: Penyelidik Amerika Syarikat (AS) dan Kanada mendakwa kopi, antara minuman paling diminati di seluruh dunia, boleh menyebabkan serangan jantung.

Ini berikutan kehadiran bahan kafein dalam kopi yang meningkatkan risiko serangan jantung di kalangan peminum kopi serta kaitan genetik berbanding mereka yang tidak mengambil minuman itu.

Kajian yang disiarkan edisi terbaru Journal of The American Medical Association, mendakwa penyelidikan itu turut mengesahkan bahaya sebenar kopi berbanding kajian lalu yang mengesahkan manfaat atau keburukan kopi kepada jantung.

Dalam kajian 10 tahun itu, penyelidik AS dan Kanada terbabit mengkaji lebih 4,000 peminum kopi di Costa Rica dan mendapati kumpulan peminum itu terbahagi kepada dua jenis - golongan yang mempunyai genetik metabolisme kafein yang pantas atau perlahan.

"Peminum yang dapat meleraikan kandungan kafein dengan pantas dan minum dua cawan kopi atau lebih sehari, adalah 36 peratus lebih berkemungkinan mengalami serangan jantung bukan maut berbanding mereka yang minum sedikit minuman itu," kata Ahmed El-Sohemy, penyelidik dan Pengerusi Pemakanan Universiti Toronto.

Katanya, risiko kopi terbukti lebih tinggi di kalangan mereka yang memiliki metabolisma kafein yang perlahan, berusia kurang 50 tahun. "Golongan ini adalah empat kali ganda mengalami serangan jantung berbanding rakan sebaya yang minum sedikit atau tidak minum langsung kopi. Bagi mereka yang mempunyai kadar metabolisme pantas, kesan sebaliknya dicatatkan."

Pelbagai kontroversi menyelubungi beberapa kajian sebelum ini berikutan ada penyelidikan mendakwa kopi memberi kesan baik kepada kesihatan. Pada masa sama, kajian lain pula berpendapat sebaliknya.

Tetapi kini, kata El-Sohemy, penyelidikan mereka membuktikan kaitan sebenar minuman itu dengan kesihatan, khususnya jantung.

"Kami berminat mengetahui bagaimana ada segelintir orang yang mengelak meminum kopi dan ada yang ketagihannya pada waktu pagi. Kami mahu mengetahui jenis genetik yang memainkan peranan," katanya.

Takutnyaaaaa....sebab tu agaknya bila aku minum kopi aku jadi mcm org neves (hormon adrenalin dirembeskan...huhu) and xsenang duduk...jantung berdegup laju...slalu rs nak buang air kecil...wooo...bahaya ni...tapi kopi sedap...ermmm ;(

1 comments:

Anonymous said...

sya pun rsa begitu.. cpt tul effect nie d bdn...